Ahad, September 29

TIPS FIZIK 2013

ASSALAMUALAIKUM... kepada semua pelajar yang dikasihi sekalian...SPM 2013 semakin hampir... adakah anda sudah membuat persiapan yang mencukupi untuk menjawab soalan-soalan fizik. Di sini saya ingin berkongsi idea bagaimana kita hendak belajar dengan pantas dalam mata pelajaran fizik. Sebelum itu, pastikan anda semua bersedia dengan kelengkapan yang cukup untuk menjawab soalan, 1. anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya kalkulator casio fx-350 atau 570. 2. anda mesti sudah bersedia dengan peralatan seperti pembaris panjang dan protaktor. 3. beli sebuah buku latihan topikal ting 4 dan ting 5.(apa sahaja penerbit) 4. beli sebuah buku model soalan fizik SPM. (saya cadangkan koleksi soalan percubaan SBP) Apa yang perlu anda buat? 1. cuba jawab semua soalan dalam buku-buku tersebut.Boleh tak???susahkan.... kalau tak boleh... 2. tiru jawapan di bahagian jawapan.pastikan anda paham dengan jawapan yang anda tulis/tiru. Jika tidak, rujuk buku rujukan dan langkah terakhir kalau tak paham juga, sila bertanya kepada guru fizik anda 3. pastikan anda menjawab semua soalan dalam buku-buku yang anda beli itu..pasti boleh sebab tiru je... 4. ini antara kaedah yang amat berkesan kerana anda belajar dan tahu kehendak soalan sekaligus. 5. Jika anda membaca buku teks atau buku rujukan sahaja....anda belum tentu dapat memahami kehendak soalan. sekian dari saya wassalam

Ahad, Disember 5

2011 PLANNING

KURANG SEBULAN UNTUK MEMULAKAN SESI PERSEKOLAHAN 2011,SAYA SEDANG MENYIAPKAN PERANCANGAN UNTUK MEMPERSIAPKAN PELAJAR SMK DAHA UNTUK SPM 2011..

Selasa, November 23

SELAMAT BERJUANG...

Selamat berjuang kepada semua pelajar dalam SPM 2010 yang bermula pada hari ini. Saya mendoakan kejayaan anda semua.Hadapilah peperiksaan dengan tenang...

Isnin, Oktober 11

BLOG LAUNCHING: YFK PHYSICS COMMUNITY

Assalamualaikum..w.b.t..

Welcome!!!
Kepada semua pelajar dan guru yang sudi singgah ke blog ini. Tujuan saya membina blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang fizik.Saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai salah satu sumber ilmu pengetahuan iaitu saya akan menyediakan perkembangan fizik masakini, nota-nota pelajaran serta soalan-soalan percubaan SPM.

Diharapkan dengan adanya blog ini juga,kita dapat berkenalan dan merapatkan hubungan. Selain itu, followers boleh mengemukakan cadangan dan pendapat di ruangan yang saya telah disediakan.

Sempena dengan SPM yang tinggal lebih kurang seminggu sahaja, saya akan berkongsi tips-tips soalan SPM 2010 khas utk subjek Physics.....