Ahad, September 29

TIPS FIZIK 2013

ASSALAMUALAIKUM... kepada semua pelajar yang dikasihi sekalian...SPM 2013 semakin hampir... adakah anda sudah membuat persiapan yang mencukupi untuk menjawab soalan-soalan fizik. Di sini saya ingin berkongsi idea bagaimana kita hendak belajar dengan pantas dalam mata pelajaran fizik. Sebelum itu, pastikan anda semua bersedia dengan kelengkapan yang cukup untuk menjawab soalan, 1. anda mesti mempunyai sekurang-kurangnya kalkulator casio fx-350 atau 570. 2. anda mesti sudah bersedia dengan peralatan seperti pembaris panjang dan protaktor. 3. beli sebuah buku latihan topikal ting 4 dan ting 5.(apa sahaja penerbit) 4. beli sebuah buku model soalan fizik SPM. (saya cadangkan koleksi soalan percubaan SBP) Apa yang perlu anda buat? 1. cuba jawab semua soalan dalam buku-buku tersebut.Boleh tak???susahkan.... kalau tak boleh... 2. tiru jawapan di bahagian jawapan.pastikan anda paham dengan jawapan yang anda tulis/tiru. Jika tidak, rujuk buku rujukan dan langkah terakhir kalau tak paham juga, sila bertanya kepada guru fizik anda 3. pastikan anda menjawab semua soalan dalam buku-buku yang anda beli itu..pasti boleh sebab tiru je... 4. ini antara kaedah yang amat berkesan kerana anda belajar dan tahu kehendak soalan sekaligus. 5. Jika anda membaca buku teks atau buku rujukan sahaja....anda belum tentu dapat memahami kehendak soalan. sekian dari saya wassalam